Semalam baru saja aku mengetahui tentang keputusan peperiksaanku. Memang ku sedia maklum yang keputusan peperiksaan akan keluar semalam, namun aku macam xsanggup untuk mengetahuinya. Namun, atas desakan Azila yang mahu mengetahui keputusannya, terpaksalah aku menghantar message kepada Fadhli. Bila dapat aje message dari Fadhli, hatiku berdebar-debar untuk membacanya. Aku takut sekiranya aku gagal. Namun, Alhamdulillah...aku, Azila dan Ilani lulus dalam semua pepriksaan kami. Aku bersyukur kerana Tuhan mempermudahkan perjalanan pembelajaranku. Terima kasih aku ucapkan pada Fadli kerana menolong aku melihat keputusan peperiksaan itu. Tak lupa juga ucapan Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya dalam peperiksaan yang dihadapi. Bagi rakan-rakan yang ada terkandas, jangan putus asa. Kami sentiasa doakan kejayaan anda semua. Usahalah rakan-rakan semua. Kami ingin bersama anda semua di tahun 4 sesi 2009/2010.
1 comments:
congrate ma dear buudy!=)
Post a Comment