Daisypath Graduation tickers

Jom Pergi Cinta Seputih Salju

Photobucket

29 May 2010

Cuti Sekolah - Kenduri Kawen

Helloooo...
Hehee...don't get confused...
It's not about me, ok...

Sampai-sampai je aku kat rumah hari tue, nampak la hadiah-hadiah banyak terkumpul kat atas meja kopi kat ruang tamu tue...
Pelik jugak kenapa banyak sangat hadiah...
Bila tanya kat adik aku, dia pun jawab la..
"Dah banyak sangat orang kawen"
Haha, sekali dengar cam lawak pulak jawapan dia...
Tapi memang betul pun...

Tengok je kat meja makan kat ruang tengah tue...
Bertimbun kad-kad pelbagai warna dan corak...
Sampai 2/3 jemputan sehari pun ada...

Biasa la, bila cuti sekolah je...
banyak la jemputan-jemputan ke majlis perkahwinan...
Hari ni sepupu ayah yang kawen...
Semalam jiran taman depan rumahku...

Nak dijadikan cerita...
Tak berasaplah dapur rumahku sebab makan kenduri je 2 hari ni...
Tak dapat la nak makan air tangan Ummi ku balik kali nie...
Huhuu...sedih gak ar...

Bercakap pasal kenduri kawen...
Aku sangat rindu zaman kenduri kawen yang dulu...
Gotong-royong sama sanak saudara & jiran tetangga untuk masak gulai dan segalanya...

Zaman sekarang, orang lebih suka guna katering...
Mudah, tak penat...
Tapi....
Hurmm, tak tau la apa perkataan yang sesuai untuk digambarkan...
Yang pasti, aku amat suka majlis kawen dulu...
Hari sebelum dan malam majlis kawen sangat meriah dengan sanak saudara yang datang gotong-royong...
Terutamanya keluarga yang ada anak kecik yang ramai...
Memang meriah habis la...

Dulu, time makcik-makcik ku kawen,
aku suke sangat hias hantaran coklat tue....
Tau-tau la kan, nanti mesti dapat sikit kat orang yang buat tue...
Lagi satu kerja kitaorang budak-budak ni...
Masukkan telur dalam bekas telur, pastu masuk bakul...

Bila majlis kawen, mula la menyemak bila kek dah dipotong...
Kerja cuci pinggan tue, jadi kerja budak laki...
Kitaorang jaga adik yang kecik-kecik.

Dulu dan sekarang...
Banyak bezanya...
Banyak dah berubah...
Mungkin perubahan itu satu kebaikan...
Memberi rezeki pada yang membuat katering...
Mungkin juga satu kerugian...
Pada ahli keluarga yang kekadang hanya datang tengok pengantin, makan dan balik...
Dah la jarang-jarang dapat bertemu dan berkumpul beramai-ramai...

Mungkin ada yang berkata, takkan la nak berlama pulak kat satu-satu majlis,
nanti menyesakkan pulak...
Tapi, saya lebih merujuk pada berkumpulnya saudara-mara sejak sebelum majlis kawen itu..
Sama-sama bergotong-royong menyiapkan kenduri dan pada harinya bersama-sama melayan tetamu, menambah makanan yang terkurang dalam bekasnya dan menolong membersihkan pinggan/cawan/periuk yang digunakan...

Nampak seperti memenatkan bukan?
Yea, memang memenatkan jika tidak ramai yang membantu...
Lagipun, kepenatan itu tidak terasa jika kegembiraan dikongsi bersama dan bantuan dihulurkan dengan ikhlas untuk membantu menjayakan dan melancarkan majlis...

Aku punya majlis???
Masih jauh untuk aku bercakap tentangnya...
Mungkin juga mengikut arus perubahan, mungkin tidak...
Masa dan keputusan keluargaku yang menentukan segalanya...

Baiklah, sampai kat sini saja untuk kali ini...
Nak pergi solat jemaah dengan family...
Jumpa lagi...

0 comments:

Post a Comment