Daisypath Graduation tickers

Jom Pergi Cinta Seputih Salju

Photobucket

28 September 2009

Diari Raya 2009

Yea..yea..esok raya...tue la ayat yang amat menggembirakan hatiku waktu kanak-kanak dulu...sekarang ni pun gembira jugak tapi dengan erti kata yang lebih mendalam... Malam raya tue, still aku buat cornflakes madu...6 adunan plak tue...jenuh nak masukkan dalam sarung kecik2...tapi, itu satu kepuasan buat aku. Bukan selalu Ummi nak kasi aku masak...Mungkin sebab Ummi dah sedar anaknya ni dah jadi anak dara dan layak pun berkahwin, Ummi bagi masak. Tue pun kuih simple sesangat la. Tapi tahun depan Ummi suruh buat banyak kuih lagi sebab kuih cornflakes madu yang aku buat tue sedap katanya dan adik2 aku suke makan. Aiiii, nampaknya tahun depan dah ada kerja la untuk aku...tapi xper, lambat lagi tue...hehe

Keesokkannya, lepas solat raya, kami sekeluarga makan kat rumah terbuka Haji Hadi. Pastu, balik rumah kejap...salam2, mintak maaf kat Ayah & Ummi. Pastu, terus pergi rumah Tok...raya dengan pakcik2, makcik2 dan sepupu2 aku. Sebelum pergi rumah nenek2 sedara yang bersebelahan rumah Tok. Tahun ni, sempat pergi satu je rumah sedara ayah yang lain sebab balik rumah awal untuk siapkan makanan pakcik2 & makcik2 serta sepupu2 ku datang. Yerla, tahun ini PakNgah & PakTeh aku beraya kat Terengganu. Makcik2 aku yang lain plak kata dah lama tak makan makanan Ummi aku masak. Dah beberapa tahun kot keluarga aku tak buat rumah terbuka sebab sekarang ni selalu je balik ke Muar raya kedua. Nak buat raya pertama memang tak sesuai la sebab masa ini masa untuk jalan ke rumah sedara mara yang memang jarang jumpa. Tambahan plak, orang Terengganu ni tak beraya dah bila raya ke-3, ke-4, kecuali rumah sedara mara terdekat. Untuk makan2 tue, Ummi masak ikan bakar...hurm, alhamdulillah, semua kenyang dan berpuas hati. Yang kanak2 ni plak dapat makan ais-krim. Memang diaorang enjoy la. Habis makan je, main kejar2 plak...memang riuh la ada budak2 kecik ni.

Raya kedua bermula dengan sarapan pagi kat rumah terbuka makcik aku, CikMa. Ini memang rumah terbuka yang wajib pergi hari raya ke-2. Lepas je beraya & sarapan kat situ, aku sekeluarga pun bertolak pulang ke Muar. Alhamdulillah, perjalanan kami baik aje dan kami selamat sampai walaupun tersangkut dalam kesesakan lalu lintas hampir 2 jam semasa di bandar Tangkak yang padat itu...hehe. Malamnya memang tak pergi beraya ke mana-mana sebab Ayah sangat mengantuk.

Raya kat Muar ni, memang takkan beraya siang hari ke rumah sedara mara. Kalau beraya pun, budak2 kecik tue ha yang pergi beraya dari rumah ke rumah. Sekarang ini aku rasa budak2 pun dah kurang pergi beraya dari rumah ke rumah. Klu kecik2 dulu, memang rutin aku dan sepupu2 ku.. Pastu, mesti boleh nampak beberapa kumpulan budak2 kecil yang comel, beraya sakan dari rumah ke rumah. Aku suke orang kampung...beraya kat rumah diaorang mesti diaorang kenal atuk & nenek aku. Ada jugak memang kenal Ummi aku...Tiap kali beraya, soklan yang mesti ditanya, "Anak dari mana?""Cucu/Anak sape ni?"...Gembiranya ada jiran2 cam tue kan? Amik tahu pasal jiran sekampung. Sebab dah segan nak beraya dari rumah ke rumah, aku duduk kat rumah je la pagi raya ke-3 tue. Tengah harinya pergi shopping sket dengan Ayah & Ummi. Ingat nak shopping barang2 aku kat kolej skali...tapi bila memikirkan yang aku akan balik naik bus dan tren, malas la plak nak bawa beg berat2...lantas, terbatal la niat ku tadi. Petangnye aku dan keluarga ke rumah mak tiri atuk aku...kiranya moyang aku la. Ummi la nak pergi sebab nanti raya ke-5 anak Tok Su aku kawin. Rasanya, tue la pertama kali aku jumpa moyang aku tue. Memang la pernah dengar rumah Ummi cakap rumah tok seberang sungai tapi, tak pernah aku sampai ke rumah tue rasanya. Moyang tue pun cakap dah la Ummi tak datang. Siap kata muka aku macam muke arwah suami dia. Ummi pun tak tahu tang mana la muka aku sama dengan arwah moyang tue. Nak compare dengan gambar, takde. Dah2 nye, aku tersengih je kat situ...tak tahu nak cakap apa....huhu. Malamnya, aku sekeluarga beraya ke rumah nenek2 sedara belah nenek. Tue pun sempat pergi rumah Makcik Jamaliah, rumah pakcik Hatta and rumah Tok De je. Malam tue cam melawat orang sakit jugak la....pergi rumah pakcik Hatta sebab nak tengok Tok Long, dia deman. Tok De pun demam jugak, tapi dia bangun kejap jumpa Ayah aku masa kami datang. Setahun sekali datang, memang la jumpa sekejap. Lagi pun, memang Ummi aku baik dengan keluarga Tok De. Rasanya, sejak kecik lagi, bila balik Muar, rumah Tok De ni mesti kami pergi melawat. Betapa rapatnya dengan keluarga ini. Tapi, anak2nya tak rapat sangat pun...hehe. Sebelum ke rumah Tok De, sempat jugak singgah rumah makcik aku, Mak Liza yang buat makan2 untuk family. Masa kami sampai, dah takde orang pun kat rumah dia...tapi sebagai tanda penghargaan dan sempena raya, kami masuk dan makan sedikit makanan ang disediakan. Malam tue, kami beraya sampai pukul 12 malam.

Raya ke-4...Ayah, Ummi & adik2ku pulang semula ke Terengganu. Adik aku yang belajar kat MMU Melaka pun balik jugak ke Melaka sebab nak prepare untuk exam katanya. Tinggal la aku kat Muar menghabiskan sisa2 cuti raya dan menunggu malam untuk pergi beraya. Malamnye, aku ikut pakcik2 dan atuk aku beraya ke rumah nenek sedara belah nenek aku. Pastu pergi rumah anak Tok Long aku kejap sebelum balik tidur.

Raya ke-5...pepagi macam biasa la menunggu giliran bilik air. Pastu semua bersiap nak pergi kenduri kawin anak Tok Su aku tue. Pastu menunggu sepupu dan pakcik aku pergi ambil laptop yang dibaikinya tue. Tunggu punye tunggu, last2 bertolak dulu. Ye la, dah dekat pukul 12 pun. Penat la nak tunggu lama2. Kenduri nie tak tahu la aku nak kata simple ke tak sebab dah memang adat dan kebiasaan orang Johor bila masa kenduri, mesti ada kumpulan penyanyi atau kugiran, pastu ada pelamin dan tepung tawar. Kat kampung2 plak mesti masak secara gotong-royong dan ada kumpulan yang uruskan tetamu. Aku pun suke masuk dalam kumpulan tue sebab nanti dapat bunga duit yang digubah untuk dipakai....tapi tue dulu je la kot...hehe. Petangnya, serasa aku duduk kat rumah je kot. Malamnya pergi beraya.

Raya ke-6...kesedihan bertambah. Semalam sepupu aku yang tinggal kat Pagoh balik. Hari nie, sepupu2 aku yang tinggal kat Perak pun bertolak balik jugak. Pak Ngah aku dan keluarga dia pun ikut pergi Perak jugak sebab esoknya mereka nak pergi majlis pertunangan anak kawan mereka. Maka, tinggallah aku dengan sepupu2 aku yang kecik2, anak Cik Wa aku dan anak angkat Pak Teh aku. Malamnya kami pergi beraya ke rumah mak mertua Mak Andak aku kat Bukit Serampang. Aku tak tau la plak malam tue nak pergi sana. Patut la semua orang bersiap awal. Lepas Maghrib nak bertolak. Nasib baik aku tak terlambat...

Raya ke-7...aku berkemas untuk pulang ke kolej. Bus pukul 2.35 petang dari Muar dan aku sampai ke Stadium Nasional sebelum pukul 5 petang. Kiranya, laju la kan bus tue bergerak?...atau pun sebab jalan tak sesak? Entah la...yang pasti aku selamat sampai ke destinasi yang aku tujui.

Raya ke-8...beraya kat bilik kolej ini aje...huhu. Ada jugak undangan dari Aina untuk pergi ke rumah terbukanya di Gombak...tapi tak dapat la nak pergi sebab takde kenderaan. Lagipun, aku sorang je kat bilik ni. Housemate aku semua tak balik lagi. Agak petang sikit baru Asilah sampai...last2, El ajak ke Tesco. Pergi la kejap untuk beli sabun, kertas A4 dan buku2 nota untuk sem yang baru hari ini.

Begitulah diari raya 2009 aku. Raya selama 8 hari tahun ini. Kira banyak la tue. Harap tahun2 hadapan pun dapat cuti raya 'Idulfitri lama2...

blogger-emoticon.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment