Birthday, Bestday, Bufday...hari lahir la tue...tahun ini aku sambut ulangtahun kelahiran ku bukan dalam bulan Ramadhan. Dah 3 tahun sambut dalam bulan Ramadhan tahun ini sambut time raya....tapi still tak dapat nak celebrate dengan keluarga sebab family aku kan dah balik Terengganu raya ke-4 hari tue. Sedih jugak la sambut birthday tahun ini. Dah la jauh dari family...kengkawan pun xde...family yg kat sekeliling tak tahu birthday aku hari tue. Orang yang aku sayang boleh terlupa pulak...Ayah memang lupe la bestday kitaorang klu kitaorang tak set dalam dia punye reminder kat hp. Tahun ni mesti aku lupe set kan untuk semua...tapi, klu aku tak set kan, aku biasanya akan call Ummi aku bgtau esok bestday sape2...Ummi pun tahun ini terlupe kot...Tapi nasib baik ada pengantara lagi...wish dan doa kengkawan dari jauh sangat2 aku hargai dan menggembirakan...sayangnyer aku kat mereka semua...Oh, bru teringat, mesti Ummi terlupe sebab hari bestday aku tue Ayah & Ummi pergi hantar adik aku balik kat rumah ustaz dia kat Kelantan. Ayah baru je drive dari Muar hari sebelumnya...mesti tak hilang penat lagi dan semestinya Ummi yang amik alih drive...Ummi, terima kasih sebab melahiran bayi ini 22 tahun yang lalu. Hari lahir kita ini bukan untuk kita menunggu ibu meluahkan atau mengucapkan tahniah serta memberi hadiah kepada kita tapi menjadi macam tanggungjawab kita untuk mengingati, menghargai, meraikan dan mengucapkan terima kasih atas kesusahan, pertarungan dan kesakitan yang ibu kita alami pada waktu melahirkan kita...jika ibu kita berputus asa, adakah kita di dunia ini pada hari ini? akan membesar sihatkah kita? Fikir2 dan renung2kan la kawan2...
Malam sebelum birthday aku tue ada la pertunjukan bunga api oleh jiran2 depan rumah nenek aku. Terasa cam tengok bunga api time merdeka pulak. Pertunjukan dalam beberapa minit tue mesti membazir banyak duit. Bukan murah bunga api yang dia orang guna tue. Bukan mercun das biasa. Memang indah berwarna-warna la kejap gelap malam tue. Aku tumpang gembira tengok bunga api tue...bukan selalu kn? hehhe...Walaupun tanpa apa2 sambutan yang dirancang pada siangnya, ini boleh kira sambut birthday aku jugak ar kan? - sje nak menghilangkan rasa sedih sebab berada jauh dari Ummi dan keluarga ketika itu. Memang hari itu berlalu seperti hari2 yang lainnya...Malam penutupnya, kesedihan melanda...hanya kerana dia...Tapi......bukan salahnya....hanya kerana ada perkara yang mengganggu...maaf kerana aku yang kurang memahami, kita bermasam muka lagi....

Maafkan aku eh
0 comments:
Post a Comment