Daisypath Graduation tickers

Jom Pergi Cinta Seputih Salju

Photobucket

29 September 2009

Ulangtahun Kelahiranku ke-22

blogger-emoticon.blogspot.com

Birthday, Bestday, Bufday...hari lahir la tue...tahun ini aku sambut ulangtahun kelahiran ku bukan dalam bulan Ramadhan. Dah 3 tahun sambut dalam bulan Ramadhan tahun ini sambut time raya....tapi still tak dapat nak celebrate dengan keluarga sebab family aku kan dah balik Terengganu raya ke-4 hari tue. Sedih jugak la sambut birthday tahun ini. Dah la jauh dari family...kengkawan pun xde...family yg kat sekeliling tak tahu birthday aku hari tue. Orang yang aku sayang boleh terlupa pulak...Ayah memang lupe la bestday kitaorang klu kitaorang tak set dalam dia punye reminder kat hp. Tahun ni mesti aku lupe set kan untuk semua...tapi, klu aku tak set kan, aku biasanya akan call Ummi aku bgtau esok bestday sape2...Ummi pun tahun ini terlupe kot...Tapi nasib baik ada pengantara lagi...wish dan doa kengkawan dari jauh sangat2 aku hargai dan menggembirakan...sayangnyer aku kat mereka semua...Oh, bru teringat, mesti Ummi terlupe sebab hari bestday aku tue Ayah & Ummi pergi hantar adik aku balik kat rumah ustaz dia kat Kelantan. Ayah baru je drive dari Muar hari sebelumnya...mesti tak hilang penat lagi dan semestinya Ummi yang amik alih drive...Ummi, terima kasih sebab melahiran bayi ini 22 tahun yang lalu. Hari lahir kita ini bukan untuk kita menunggu ibu meluahkan atau mengucapkan tahniah serta memberi hadiah kepada kita tapi menjadi macam tanggungjawab kita untuk mengingati, menghargai, meraikan dan mengucapkan terima kasih atas kesusahan, pertarungan dan kesakitan yang ibu kita alami pada waktu melahirkan kita...jika ibu kita berputus asa, adakah kita di dunia ini pada hari ini? akan membesar sihatkah kita? Fikir2 dan renung2kan la kawan2...

Malam sebelum birthday aku tue ada la pertunjukan bunga api oleh jiran2 depan rumah nenek aku. Terasa cam tengok bunga api time merdeka pulak. Pertunjukan dalam beberapa minit tue mesti membazir banyak duit. Bukan murah bunga api yang dia orang guna tue. Bukan mercun das biasa. Memang indah berwarna-warna la kejap gelap malam tue. Aku tumpang gembira tengok bunga api tue...bukan selalu kn? hehhe...Walaupun tanpa apa2 sambutan yang dirancang pada siangnya, ini boleh kira sambut birthday aku jugak ar kan? - sje nak menghilangkan rasa sedih sebab berada jauh dari Ummi dan keluarga ketika itu. Memang hari itu berlalu seperti hari2 yang lainnya...Malam penutupnya, kesedihan melanda...hanya kerana dia...blogger-emoticon.blogspot.comTapi......bukan salahnya....hanya kerana ada perkara yang mengganggu...maaf kerana aku yang kurang memahami, kita bermasam muka lagi....
Maafkan aku ehblogger-emoticon.blogspot.com

28 September 2009

Diari Raya 2009

Yea..yea..esok raya...tue la ayat yang amat menggembirakan hatiku waktu kanak-kanak dulu...sekarang ni pun gembira jugak tapi dengan erti kata yang lebih mendalam... Malam raya tue, still aku buat cornflakes madu...6 adunan plak tue...jenuh nak masukkan dalam sarung kecik2...tapi, itu satu kepuasan buat aku. Bukan selalu Ummi nak kasi aku masak...Mungkin sebab Ummi dah sedar anaknya ni dah jadi anak dara dan layak pun berkahwin, Ummi bagi masak. Tue pun kuih simple sesangat la. Tapi tahun depan Ummi suruh buat banyak kuih lagi sebab kuih cornflakes madu yang aku buat tue sedap katanya dan adik2 aku suke makan. Aiiii, nampaknya tahun depan dah ada kerja la untuk aku...tapi xper, lambat lagi tue...hehe

Keesokkannya, lepas solat raya, kami sekeluarga makan kat rumah terbuka Haji Hadi. Pastu, balik rumah kejap...salam2, mintak maaf kat Ayah & Ummi. Pastu, terus pergi rumah Tok...raya dengan pakcik2, makcik2 dan sepupu2 aku. Sebelum pergi rumah nenek2 sedara yang bersebelahan rumah Tok. Tahun ni, sempat pergi satu je rumah sedara ayah yang lain sebab balik rumah awal untuk siapkan makanan pakcik2 & makcik2 serta sepupu2 ku datang. Yerla, tahun ini PakNgah & PakTeh aku beraya kat Terengganu. Makcik2 aku yang lain plak kata dah lama tak makan makanan Ummi aku masak. Dah beberapa tahun kot keluarga aku tak buat rumah terbuka sebab sekarang ni selalu je balik ke Muar raya kedua. Nak buat raya pertama memang tak sesuai la sebab masa ini masa untuk jalan ke rumah sedara mara yang memang jarang jumpa. Tambahan plak, orang Terengganu ni tak beraya dah bila raya ke-3, ke-4, kecuali rumah sedara mara terdekat. Untuk makan2 tue, Ummi masak ikan bakar...hurm, alhamdulillah, semua kenyang dan berpuas hati. Yang kanak2 ni plak dapat makan ais-krim. Memang diaorang enjoy la. Habis makan je, main kejar2 plak...memang riuh la ada budak2 kecik ni.

Raya kedua bermula dengan sarapan pagi kat rumah terbuka makcik aku, CikMa. Ini memang rumah terbuka yang wajib pergi hari raya ke-2. Lepas je beraya & sarapan kat situ, aku sekeluarga pun bertolak pulang ke Muar. Alhamdulillah, perjalanan kami baik aje dan kami selamat sampai walaupun tersangkut dalam kesesakan lalu lintas hampir 2 jam semasa di bandar Tangkak yang padat itu...hehe. Malamnya memang tak pergi beraya ke mana-mana sebab Ayah sangat mengantuk.

Raya kat Muar ni, memang takkan beraya siang hari ke rumah sedara mara. Kalau beraya pun, budak2 kecik tue ha yang pergi beraya dari rumah ke rumah. Sekarang ini aku rasa budak2 pun dah kurang pergi beraya dari rumah ke rumah. Klu kecik2 dulu, memang rutin aku dan sepupu2 ku.. Pastu, mesti boleh nampak beberapa kumpulan budak2 kecil yang comel, beraya sakan dari rumah ke rumah. Aku suke orang kampung...beraya kat rumah diaorang mesti diaorang kenal atuk & nenek aku. Ada jugak memang kenal Ummi aku...Tiap kali beraya, soklan yang mesti ditanya, "Anak dari mana?""Cucu/Anak sape ni?"...Gembiranya ada jiran2 cam tue kan? Amik tahu pasal jiran sekampung. Sebab dah segan nak beraya dari rumah ke rumah, aku duduk kat rumah je la pagi raya ke-3 tue. Tengah harinya pergi shopping sket dengan Ayah & Ummi. Ingat nak shopping barang2 aku kat kolej skali...tapi bila memikirkan yang aku akan balik naik bus dan tren, malas la plak nak bawa beg berat2...lantas, terbatal la niat ku tadi. Petangnye aku dan keluarga ke rumah mak tiri atuk aku...kiranya moyang aku la. Ummi la nak pergi sebab nanti raya ke-5 anak Tok Su aku kawin. Rasanya, tue la pertama kali aku jumpa moyang aku tue. Memang la pernah dengar rumah Ummi cakap rumah tok seberang sungai tapi, tak pernah aku sampai ke rumah tue rasanya. Moyang tue pun cakap dah la Ummi tak datang. Siap kata muka aku macam muke arwah suami dia. Ummi pun tak tahu tang mana la muka aku sama dengan arwah moyang tue. Nak compare dengan gambar, takde. Dah2 nye, aku tersengih je kat situ...tak tahu nak cakap apa....huhu. Malamnya, aku sekeluarga beraya ke rumah nenek2 sedara belah nenek. Tue pun sempat pergi rumah Makcik Jamaliah, rumah pakcik Hatta and rumah Tok De je. Malam tue cam melawat orang sakit jugak la....pergi rumah pakcik Hatta sebab nak tengok Tok Long, dia deman. Tok De pun demam jugak, tapi dia bangun kejap jumpa Ayah aku masa kami datang. Setahun sekali datang, memang la jumpa sekejap. Lagi pun, memang Ummi aku baik dengan keluarga Tok De. Rasanya, sejak kecik lagi, bila balik Muar, rumah Tok De ni mesti kami pergi melawat. Betapa rapatnya dengan keluarga ini. Tapi, anak2nya tak rapat sangat pun...hehe. Sebelum ke rumah Tok De, sempat jugak singgah rumah makcik aku, Mak Liza yang buat makan2 untuk family. Masa kami sampai, dah takde orang pun kat rumah dia...tapi sebagai tanda penghargaan dan sempena raya, kami masuk dan makan sedikit makanan ang disediakan. Malam tue, kami beraya sampai pukul 12 malam.

Raya ke-4...Ayah, Ummi & adik2ku pulang semula ke Terengganu. Adik aku yang belajar kat MMU Melaka pun balik jugak ke Melaka sebab nak prepare untuk exam katanya. Tinggal la aku kat Muar menghabiskan sisa2 cuti raya dan menunggu malam untuk pergi beraya. Malamnye, aku ikut pakcik2 dan atuk aku beraya ke rumah nenek sedara belah nenek aku. Pastu pergi rumah anak Tok Long aku kejap sebelum balik tidur.

Raya ke-5...pepagi macam biasa la menunggu giliran bilik air. Pastu semua bersiap nak pergi kenduri kawin anak Tok Su aku tue. Pastu menunggu sepupu dan pakcik aku pergi ambil laptop yang dibaikinya tue. Tunggu punye tunggu, last2 bertolak dulu. Ye la, dah dekat pukul 12 pun. Penat la nak tunggu lama2. Kenduri nie tak tahu la aku nak kata simple ke tak sebab dah memang adat dan kebiasaan orang Johor bila masa kenduri, mesti ada kumpulan penyanyi atau kugiran, pastu ada pelamin dan tepung tawar. Kat kampung2 plak mesti masak secara gotong-royong dan ada kumpulan yang uruskan tetamu. Aku pun suke masuk dalam kumpulan tue sebab nanti dapat bunga duit yang digubah untuk dipakai....tapi tue dulu je la kot...hehe. Petangnya, serasa aku duduk kat rumah je kot. Malamnya pergi beraya.

Raya ke-6...kesedihan bertambah. Semalam sepupu aku yang tinggal kat Pagoh balik. Hari nie, sepupu2 aku yang tinggal kat Perak pun bertolak balik jugak. Pak Ngah aku dan keluarga dia pun ikut pergi Perak jugak sebab esoknya mereka nak pergi majlis pertunangan anak kawan mereka. Maka, tinggallah aku dengan sepupu2 aku yang kecik2, anak Cik Wa aku dan anak angkat Pak Teh aku. Malamnya kami pergi beraya ke rumah mak mertua Mak Andak aku kat Bukit Serampang. Aku tak tau la plak malam tue nak pergi sana. Patut la semua orang bersiap awal. Lepas Maghrib nak bertolak. Nasib baik aku tak terlambat...

Raya ke-7...aku berkemas untuk pulang ke kolej. Bus pukul 2.35 petang dari Muar dan aku sampai ke Stadium Nasional sebelum pukul 5 petang. Kiranya, laju la kan bus tue bergerak?...atau pun sebab jalan tak sesak? Entah la...yang pasti aku selamat sampai ke destinasi yang aku tujui.

Raya ke-8...beraya kat bilik kolej ini aje...huhu. Ada jugak undangan dari Aina untuk pergi ke rumah terbukanya di Gombak...tapi tak dapat la nak pergi sebab takde kenderaan. Lagipun, aku sorang je kat bilik ni. Housemate aku semua tak balik lagi. Agak petang sikit baru Asilah sampai...last2, El ajak ke Tesco. Pergi la kejap untuk beli sabun, kertas A4 dan buku2 nota untuk sem yang baru hari ini.

Begitulah diari raya 2009 aku. Raya selama 8 hari tahun ini. Kira banyak la tue. Harap tahun2 hadapan pun dapat cuti raya 'Idulfitri lama2...

blogger-emoticon.blogspot.com

16 September 2009

Tamatlah Sudah Yr 4 Sem 1 Ku

Alhamdulillah...tamat sudah exam final sem 1. Syukur kerana exam sebelum raya. Kalau x, hurmmm....tau2 je la. Buku mesti tersimpan kemas je dalam beg bila balik rumah. Bawa balik buku pun hanya untuk sedapkan hati dan baca pun 10 minit je kot boleh tahan. Pastu mesti tertido. Sejak tinggal kat asrama, aku macam dah mind set, balik rumah - cuti, rehat. Mungkin sebab tue kot xbersemangat study kat rumah.

Exam...ntah la. xterkata rasanya. Bukan susah pun tapi mungkin sebab x banyak baca dan sedia betul2 rasa cam susah. Yang pasti aku berserah walau macam mana keputusan exam ku nanti. Aku dah buat yang terbaik dapat ku lakukan. Study pun banyak last minit jer. Itu pun cam x bersemangat sangat. xtau kenapa dengan diriku tahun ini. Study week dah start pun, xbersemangat sangat.
blogger-emoticon.blogspot.com
4/5 hari sebelum exam tue bru la ada semangat nak study. So, mana la sempat nak cover semua. Tapi, aku pastikan jugak semuanya sempat ku sentuh walaupun hanya tajuk dan pengenalannya. Ini padahnya study lambat2...tapi itu jugak yang terjadi setiap sem. xboleh nak buat apa2 dah...hehe. Namun, sem depan kena belajar dari awal. Tengok housemate ku yang slalu study group and stay up pun macam xsempat nak habiskan semuanya. Aku xnak fail klinikal year. Nti lambat habis belajar, nti.....
blogger-emoticon.blogspot.com
Sem ini aku posting paediatrik and orthopaedik. Paediatrik....arghhh, aku dah x minat pulak paediatrik ini walaupun aku suke budak2. xtau kenapa, aku rasa stress sesangat time posting ini. Mungkin sebab kena pergi HKL dan jadual dia yang padat...hurm bukan padat sangat...it's rather....erk, apa ye perkataan yang sesuai? hurmmm....xbebas kot...sebab memang xde kebebasan nak pergi mana2 pun. Study pun jadi cam sambil lalu jer. xserius sebab memang dah hilang minat. Masa mula2 tau start dengan posting paed, seronok sangat. Yea ar, fikir dapat main dengan budak2. Tapi ia x seperti yang aku jangkakan. Mungkin sebab tue jadi xsuke. Mungkin aku xpatut expect tinggi untuk posting akan datang sebab nanti kalau x jadi seperti yang aku expect, hilang minat aku nanti. Orthopaedik...hurm, dapat plak primary team paed ortho. Mula2 xminat la sebab dah frust dengan paed kan. Tp Alhamdulillah, slowly datang minat dan semangat nak belajar ortho. Tambahan doktor2 yang memang suke mengajar, lagi la suka nak menyibuk kat klinik2 tue. Walaupun hari2 ada klinik memang xkisah kot. Yeke? hehhe... Tapi ortho ini, hari2 kena ikut ward round..ward round pulak awal pagi kot...aish, memang malas sket ar nak pegi sebelum pukul 8. Nway ortho memang best ar bagi aku. Cuma time posting ortho ini aku selalu je sakit kepala. Tension headache aku makin teruk ker?? Seingat aku setahun dua ini, dah jarang sakit kepala. Tapi kenapa time ortho tue selalu pulak?....memang dugaan ar. Siap kena deman teruk lagi. Housemate aku takut aku kena denggi tapi aku xpegi jupe doktor. xtau la kenapa. Yang pasti xde la rash, sakit belakang mata dan lain2 tanda denggi. Dehydrated tue, memang ar. Dah makan pun sesuap dua jer sehari. Memang membazir giler beli makanan time tue. Nway, thanks to semua housemate ku yang concern dan tolong belikan makanan dan bagi panadol. Trima kasih korang...Sayang korang

blogger-emoticon.blogspot.com

Puasa...Raya...

Memang lama benar x update blog ni. Ada jugak rasa nak update tapi malas nak menaip...ishh, apasal la malas ni mesti ada dalam kamus idupku....*sigh* aishhh, mengeluh plak, dengar dek Ummi nti, msti kena tegur...hehe

Tahun ni tahun yang paling teruk bagiku rasanya...bukan salah sesiapa tapi diriku sendiri...ntah kenapa tahun ni sangat x bersemangat dan malas. Terasa tahun ini diriku seperti semakin menjauh dari penciptaku. Mungkin ada beberapa sebab berlaku camtu...harap Ramadhan ini dapat menambahkan kecintaanku padaNya. Tapi rasanya Ramadhan ini bukan lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Ramadhan ini tersa kurang terisi compare dengan tahun lepas. Ramadhan pun bakal menutup tirainya tak lama je lagi. Camne ni??? Apa yang aku buat sepanjang Ramadhan ni? Oh, sedihnya bila reflect balik diriku ini. :-( Sometimes terasa loss. Bulan Rejab dan Syaaban tahun ini pun sangat2 teruk dari tahun lepas punye. Apa terjadi pada diriku ini??? Kepada siapa aku nak meluahkan rasa diri ini teruk...tapi cukup ker sekadar meluahkan rasa sedangkan diriku sendiri yang perlu sedar dan bangkit dari rasa loss and hopeless tue. Yup, only I can change myself. Baik buruknya sikapku, perangaiku, hanya aku yang boleh merubahnya. Aku bukan budak kecik lagi yang hanya mengikut apa yang dikata. Walaupun nasihat dan teguran adalah untuk ke arah kebaikan, namun hanya aku sendiri yang menentukan untuk mengikutnya atau tidak. Sungguh, memang sukar benar untuk berubah ke arah kebaikan dengan segala hasutan dan hati yang tidak tenang dan bersih. Tapi ia bukan suatu yang mustahil. Cuma, bilakah masa itu akan tiba??? :-(

Raya...tahun ini raya memang sangat simple la. Rumah memang xde apa2. Xde berkemas apa2. Dh memang xde kat rumah kot raya ni walaupun raya pertama kat Terengganu coz kuar je rumah solat raya terus pegi umah tok. Pastu konvoi pegi umah sedara mara yang setahun sekali kot pegi. Dah la ramai kaum kerabat tok dan to'ki. Aku pun xkenal sape. Bukan aku teruk, tapi dah memang setahun sekali pegi, mana la nak kenal. Tapi tau jgk la mana letak rumah diaorang...hehe. Raya kedua pulak, terus balik Muar. Tahun ini memang berjimat habis ar. Duit banyak habis hari tue sebab cermin kete kena pecah, pstu renovate atap rumah sket. Tapi xkisah la, janji cuti. Aku dapat rehat2, jalan2 rumah sedara, dapat duit raya dan balik kampung. Yeah (^_^)/`